Tuesday, November 11, 2008

Tahniah kepada Peserta Bulan Oktober

Tahniah kepada peserta yang telah menamatkan kursus untuk bulan Oktober yang terdiri daripada pelajar sekolah yang telah menamatkan peperiksaan PMR. Seramai 46 orang telah menghadirkan diri untuk kursus ini. Peserta ini amat bertuah kerana telah menjalankan kursus di Makmal Sekolah Menengah Sultan Muzafar Shah 1 Lambor Kanan dengan kelengkapan yang lengkap.
Walaupun peserta kursus bulan Oktober ini tidak dibebani dengan projek komuniti, tetapi mereka dan sebagaimana kami telah di bekalkan oleh jurulatih dengan pelajaran Pengurusan Organisasi yang amat diperlukan oleh sesorang pelajar untuk menjalankan aktiviti persatuan di sekolah dan dimasa akan datang.
Kumpulan terakhir ini telah diajar secara terperinci didalam pengurusan organisasi yang mana ahlinya dipilih dikalangan Pengerusi, Tim.Pengerusi, Setiausaha, Pen.Setiausaha dan juga Bendahari persatuan sekolah. Diantara madul yang diajar ialah:-
  1. Membuat surat(MS Word)
  2. Mengendalikan Mesyuarat
  3. Carta Organisasi
  4. Membuat Minit Mesyuarat
  5. Tugasan pemegang jawatan/ bidang kuasa
  6. Cara-cara penyediaan proposal program
  7. Senarai semakan kerja
  8. Simpan-kira (MS Excel)

Apa yang di dapati, modul ini amat berguna untuk digunakan dimasa akan datang.

  1. Persediaan berpersatuan apabila ke menara gading.
  2. Memahami pengunaan MS Word/ Ms Excel didalam persedian minit mesyuarat dan kira-kira
  3. Mengetahui tatacara untuk menjalankan mesyuarat ,cara untuk menghilangkan rasa gementar apabila mengendalikan mesyuarat.
  4. Memahami hiraki organisasi
  5. Memahami tugas dan tanggungjawab

Walaupun demikian, tidak hairan lah kenapa jurulatih ICT Kg.Tua banyak menekankan kepentingan ICT dikalangan pelajar untuk dipelajari.

Fatin Amira Rosli
Ketua Kumpulan g3september.

Terima Kasih.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home