Tuesday, November 11, 2008

Tahniah kepada Peserta Bulan Oktober

Tahniah kepada peserta yang telah menamatkan kursus untuk bulan Oktober yang terdiri daripada pelajar sekolah yang telah menamatkan peperiksaan PMR. Seramai 46 orang telah menghadirkan diri untuk kursus ini. Peserta ini amat bertuah kerana telah menjalankan kursus di Makmal Sekolah Menengah Sultan Muzafar Shah 1 Lambor Kanan dengan kelengkapan yang lengkap.
Walaupun peserta kursus bulan Oktober ini tidak dibebani dengan projek komuniti, tetapi mereka dan sebagaimana kami telah di bekalkan oleh jurulatih dengan pelajaran Pengurusan Organisasi yang amat diperlukan oleh sesorang pelajar untuk menjalankan aktiviti persatuan di sekolah dan dimasa akan datang.
Kumpulan terakhir ini telah diajar secara terperinci didalam pengurusan organisasi yang mana ahlinya dipilih dikalangan Pengerusi, Tim.Pengerusi, Setiausaha, Pen.Setiausaha dan juga Bendahari persatuan sekolah. Diantara madul yang diajar ialah:-
  1. Membuat surat(MS Word)
  2. Mengendalikan Mesyuarat
  3. Carta Organisasi
  4. Membuat Minit Mesyuarat
  5. Tugasan pemegang jawatan/ bidang kuasa
  6. Cara-cara penyediaan proposal program
  7. Senarai semakan kerja
  8. Simpan-kira (MS Excel)

Apa yang di dapati, modul ini amat berguna untuk digunakan dimasa akan datang.

  1. Persediaan berpersatuan apabila ke menara gading.
  2. Memahami pengunaan MS Word/ Ms Excel didalam persedian minit mesyuarat dan kira-kira
  3. Mengetahui tatacara untuk menjalankan mesyuarat ,cara untuk menghilangkan rasa gementar apabila mengendalikan mesyuarat.
  4. Memahami hiraki organisasi
  5. Memahami tugas dan tanggungjawab

Walaupun demikian, tidak hairan lah kenapa jurulatih ICT Kg.Tua banyak menekankan kepentingan ICT dikalangan pelajar untuk dipelajari.

Fatin Amira Rosli
Ketua Kumpulan g3september.

Terima Kasih.

Monday, October 20, 2008

Akhirnya............



Sunday, October 19, 2008

Sekalung Penghargaan

Saya Fatin Amira Binti Rusli dan ahli kumpulan saya dengan ini merakamkan sekalung penghargaan kepada semua yang telibat secara langsung dan tidak langsung didalam Projek Komuniti yang telah siap terbina.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak :-
  1. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
  2. Maxis Broadband
  3. Warisan Global Sdn. Bhd
  4. Kedaikom Batu 16, Kampung Tua
  5. Pengetua SMK Muzafar Shah 1 Lambor Kanan.
  6. En. Redzuan bin Mohamed Junid [Jurulatih ICT]
  7. En. Shaharuddin bin Yahaya [ Penaja Utama]
  8. Puan Hajah Zainun binti Sofian
  9. Cikgu Abu Talib Bin Kassim
  10. Cikgu Ghani
  11. Cikgu Mohd Sani
  12. Cikgu Raihan
  13. Puan Maznah Binti Isa
  14. Pengakap SMK Muzafar Shah 1 Lambor Kanan.
  15. Kadet Polis SMK Lambor Kanan.

Serta penyumbang-penyumbang semua.

Semoga dengan adanya projek ini, diharapkan akan memberikan faedah kepada masayarakat, pelajar tentang kepentingan alam sekitar kepada kita semua. Kesedaran ini akan membuat kita lebih matang didalam setiap tindakkan yang akan memberikan kesan pada persekitaran kita.

Sekian.

Fatin Amira Binti Rusli & Ahli Jawatankuasa

☺☺T E R I M A ☺☺☺K A S I H ☺☺☺S E M U A ☺☺

Saturday, October 18, 2008

Tenaga Pengerak Projek Komuniti










1. Redzuan Bin Mohamed Junid [Jurulatih ICT/ Pemerhati Projek]
2.Cikgu Abu Talib Bin Kassim [Penyelaras Projek]
3.Cikgu Mohd Sani [Pembantu Penyelaras Projek]
4.En. Shaharuddin Bin Yahaya [Penyumbang Projek]
5. Cikgu Ghani [Penyelaras Tenaga Kerja]
Terima Kasih ...

Fatin Amira Rusli
Ketua Kumpulan Projek Komuniti




Apakah Faedah Yang Kami Dapat?Kronologi

Didalam sesuatu perlaksanaan projek atau untuk membina projek baru perkara pertama yang telah ditekan oleh Jurulatih kami ialah "Apakah projek yang bakal kita lakukan? Bermula daripada sini Jurulatih telah memberikan pelunag kepada semua ahli kumpulan untuk memikirkan satu idea yang boleh memberikan faedah kepada semua golongan untuk sesuatu jangka masa yang panjang walaupun projek tersebut didalam berskala kecil.

Penekanan demi penekanan telah ditujukan kepada kumpulan kami untuk mendapatkan idea oleh jurulatih sehingga terbitnya Idea "Green House" atau "Let go Green" atau "Hijaukan persekitaran kita" untuk memberikan sumbangan terhadap persekitaran yang bersih, kesedaran terhadap pemanasan Global, kepentingan tumbuhan didalam proses penapisan CO2 untuk menjadikan udara lebih bersih.

Memahami konsep idea telah membawa kami menjelajah maklumat melalui Internet untuk lebih memahami apakah yang sebenarnya yang akan kami lakukan, tujuan, faedah terhadap persekitaran, hidupan dan faedah daripada penyebaran maklumat ilmu kepada pelajar sekolah.

Melalui modul Projek Komuniti yang telah dipelajari, adalah agak mudah bagi kami memahami pelajaran yang telah diajarkan oleh jurulatih kami, Tetapi apabila projek komuniti ini dijalankan secara nyata- pelbagai prosedur terpaksa diikuti mengikut turutan keutamaan untuk memastikan tidak akan berlakunya pertindihan kerja atau tugasan.

Walaupun semasa projek ini di pantau oleh Jurulatih kami yang begitu tegas didalam projek, kami masih lagi kurang berkeyakinan pada diri untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Didalam pelajaran projek komuniti, jurulatih kami telah menitik beratkan proses proses perlaksanaan kerja mengikut senarai semakan kerja (Checklist) dengan ketepatan masa projek.

Kritikan demi kritikan kumpulan kami terima daripada jurulatih -kadang kala membuat kami semua hilang sabar. Tetapi sebalik kritikan tersebut kami dapat sesuatu yang belum pernah kami timba sebagai seorang pelajar sekolah. Ini merupakan pengalaman yang amat berharga untuk kami dimasa akan datang.

Kegagalan kumpulan kami menyelesaikan beberapa masalah telah menarik perhatian jurulatih untuk membantu - sehingga pada hari ke 5 dan 6 , Kami diberitahu bahawa semua aktiviti, keputusan akan dibuat oleh ketua kumpulan dan beliau telah menetapkan satu masa dan akan melihat projek komuniti ini siap mengikut apa yang dijadualkan mengikut senarai semakan.

Bermula dari sini, berlaku tekanan kepada saya selaku ketua kumpulan untuk membuat keputusan, agihan kerja, keperluan, masa dan semua ini akan dinilai melalui kewibawaan ketua kumpulan. Selama dua hari kumpulan kami diasak dengan tugasan, mengejar masa , cuaca tidak menentu yang begitu mencabar kesabaran ahli kumpulan.

Diantara faedah-faedah dan pengajaran yang dapat ditimba melalui projek ini ialah:-

  1. Belajar menerima tanggung jawab walaupun berat.
  2. Menepati masa apabila melakukan sesuatu
  3. Mempunyai dan kepentingan perancangan kerja yang tepat
  4. Mengkaji masalah didalam senarai semakan / mengkaji tindakan
  5. Kepentingan Mengeluarkan arahan dan keputusan dengan tepat
  6. Belajar mengenai kepentingan tolenrasi, kerjasama berpasukan
  7. Berfikiran secara terbuka dengan ahli kumpulan
  8. Belajar menerima idea org lain.
  9. Belajar bagaimana untuk mematuhi arahan ketua
  10. Belajar memahami konsep sesuatu sebelum ianya dilaksanakan

Itu adalah sebahagian daripada faedah yang dapat kumpulan kami timba, dan telah banyak memberikan kesan yang mendalam bagi kumpulan kami untuk melaksanakan Projek Komuniti ini.

Kursus atau projek komuniti ini amat memberikan kesan yang mendalam didalam hati kami kumpulan 3 didalam hubungan sesama ahli kumpulan, dan merasa amat berbangga dengan tersergamnya hasil projek yang tidak pernah kami bayangkan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jurulatih.

Horeeeeeeeeeeeeeyyyyyyyyyyyyy !!!!!!! Kami berjaya melakukannya !!!!!!!

FATIN AMIRA
Ketua Kumpulan 3 September

"Sebutir Keringat mengalir, setimba ilmu dikecapi"

Rancangan Jangka Panjang

Satu rancangan jangka panjang telah dipersetujui didalam mesyuarat 3 dengan mencadangkan agar satu proposal dan surat cadangan rasmi di kemukakan kepada pengetua Sek.Men. Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan untuk menubuhkan sebuah Kelab Rekreasi dan Kecerian untuk pelajar sekolah ini dengan bertujuan:-
  1. Untuk memastikan setiap fasiliti yang telah dibina mendapat penjagaan dari masa kesemasa dengan pelibatan pelajar ke dalam Kelab.
  2. Menanam minat kepada setiap pelajar untuk menghargai alam sekitar
  3. Menjadikan setiap sudut fasiliti menjadi satu sudut ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.
  4. Memberikan kesedaran dan menghargai sesuatu sumbangan yang diberikan.
  5. Memberi kesedaran mengenai tanggungjawab, toleransi, kerjasama didalam tugas
  6. Menjadikan ianya satu aktiviti kokurikulom sekolah
  7. Memupuk satu budaya cintakan persekitaran yang sihat.

Proposal dan surat cadangan rasmi ini akan disediakan oleh setiausaha projek iaitu Cik Munirah binti Atan dan akan dihantar didalam masa terdekat.

Penyumbang Dana Untuk Projek

Senarai nama penyumbang untuk Projek Komuniti
Kumpulan 3 bulan September 2008,

1. En. Shaharuddin bin Yahaya [ Menyumbang bahan bernilai RM700.00]
2. Puan Zainun Binti Sofian [ Menyumbang tunai RM50.00]
3. Cikgu Abu Talib bin Kassim [Menyumbang 10 biji pasu bernilai RM30.00]
4. En. Redzuan bin Mohamed Junid [Menyumbang tunai RM 60.00 dan sebiji pasu]
5. Fatin Amira binti Rosli [ Menyumbang tunai RM 50.00]
6. Puan Maznah binti Isa [Menyumbang bunga dan minuman petang bernilai RM320.00]
7. Hamba Allah [Menyumbang tunai RM 20.00]

Jumlah semua sumbangan bernilai RM1,170.00
[Ringgit Malaysia : Seribu Seratus Tujun Puluh Sahaja]

Senarai nama penyumbang tenaga kerja
  1. Cikgu Ghani dan ahli pengakap
  2. Cikgu Mohd Sani