Saturday, October 18, 2008

Apakah Faedah Yang Kami Dapat?Kronologi

Didalam sesuatu perlaksanaan projek atau untuk membina projek baru perkara pertama yang telah ditekan oleh Jurulatih kami ialah "Apakah projek yang bakal kita lakukan? Bermula daripada sini Jurulatih telah memberikan pelunag kepada semua ahli kumpulan untuk memikirkan satu idea yang boleh memberikan faedah kepada semua golongan untuk sesuatu jangka masa yang panjang walaupun projek tersebut didalam berskala kecil.

Penekanan demi penekanan telah ditujukan kepada kumpulan kami untuk mendapatkan idea oleh jurulatih sehingga terbitnya Idea "Green House" atau "Let go Green" atau "Hijaukan persekitaran kita" untuk memberikan sumbangan terhadap persekitaran yang bersih, kesedaran terhadap pemanasan Global, kepentingan tumbuhan didalam proses penapisan CO2 untuk menjadikan udara lebih bersih.

Memahami konsep idea telah membawa kami menjelajah maklumat melalui Internet untuk lebih memahami apakah yang sebenarnya yang akan kami lakukan, tujuan, faedah terhadap persekitaran, hidupan dan faedah daripada penyebaran maklumat ilmu kepada pelajar sekolah.

Melalui modul Projek Komuniti yang telah dipelajari, adalah agak mudah bagi kami memahami pelajaran yang telah diajarkan oleh jurulatih kami, Tetapi apabila projek komuniti ini dijalankan secara nyata- pelbagai prosedur terpaksa diikuti mengikut turutan keutamaan untuk memastikan tidak akan berlakunya pertindihan kerja atau tugasan.

Walaupun semasa projek ini di pantau oleh Jurulatih kami yang begitu tegas didalam projek, kami masih lagi kurang berkeyakinan pada diri untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Didalam pelajaran projek komuniti, jurulatih kami telah menitik beratkan proses proses perlaksanaan kerja mengikut senarai semakan kerja (Checklist) dengan ketepatan masa projek.

Kritikan demi kritikan kumpulan kami terima daripada jurulatih -kadang kala membuat kami semua hilang sabar. Tetapi sebalik kritikan tersebut kami dapat sesuatu yang belum pernah kami timba sebagai seorang pelajar sekolah. Ini merupakan pengalaman yang amat berharga untuk kami dimasa akan datang.

Kegagalan kumpulan kami menyelesaikan beberapa masalah telah menarik perhatian jurulatih untuk membantu - sehingga pada hari ke 5 dan 6 , Kami diberitahu bahawa semua aktiviti, keputusan akan dibuat oleh ketua kumpulan dan beliau telah menetapkan satu masa dan akan melihat projek komuniti ini siap mengikut apa yang dijadualkan mengikut senarai semakan.

Bermula dari sini, berlaku tekanan kepada saya selaku ketua kumpulan untuk membuat keputusan, agihan kerja, keperluan, masa dan semua ini akan dinilai melalui kewibawaan ketua kumpulan. Selama dua hari kumpulan kami diasak dengan tugasan, mengejar masa , cuaca tidak menentu yang begitu mencabar kesabaran ahli kumpulan.

Diantara faedah-faedah dan pengajaran yang dapat ditimba melalui projek ini ialah:-

  1. Belajar menerima tanggung jawab walaupun berat.
  2. Menepati masa apabila melakukan sesuatu
  3. Mempunyai dan kepentingan perancangan kerja yang tepat
  4. Mengkaji masalah didalam senarai semakan / mengkaji tindakan
  5. Kepentingan Mengeluarkan arahan dan keputusan dengan tepat
  6. Belajar mengenai kepentingan tolenrasi, kerjasama berpasukan
  7. Berfikiran secara terbuka dengan ahli kumpulan
  8. Belajar menerima idea org lain.
  9. Belajar bagaimana untuk mematuhi arahan ketua
  10. Belajar memahami konsep sesuatu sebelum ianya dilaksanakan

Itu adalah sebahagian daripada faedah yang dapat kumpulan kami timba, dan telah banyak memberikan kesan yang mendalam bagi kumpulan kami untuk melaksanakan Projek Komuniti ini.

Kursus atau projek komuniti ini amat memberikan kesan yang mendalam didalam hati kami kumpulan 3 didalam hubungan sesama ahli kumpulan, dan merasa amat berbangga dengan tersergamnya hasil projek yang tidak pernah kami bayangkan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jurulatih.

Horeeeeeeeeeeeeeyyyyyyyyyyyyy !!!!!!! Kami berjaya melakukannya !!!!!!!

FATIN AMIRA
Ketua Kumpulan 3 September

"Sebutir Keringat mengalir, setimba ilmu dikecapi"

1 Comments:

At November 13, 2008 at 11:48 AM , Anonymous Anonymous said...

Pengetahuan yang anda dapat dari krusus yang anda ikuti harus di pergunakan sebaik mungkin . Kerana tidak ramai yang mahu berusaha untuk Green Home atau rumah hijau . Namun apa yang saya dapati adalah penggunaan ict dalam krusus ini adalah sesuatu yang baru dan anda yang menghadiri krusus ini harus mempraktikkan dalam mayarakat .

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home