Saturday, October 18, 2008

Mesyuarat 3- Post Morten

Mesyuarat selepas perlaksanaan projek adalah bertujuan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan struktur organisasi, perancangan kerja, kerjasama dan menilai kewibawaan seorang ketua didalam pengurusan.

Hasil daripada itu, kesimpulan yang telah dibuat oleh Jurulatih kami En. Redzuan mendapati terdapat beberapa kelemahan yang amat ketara:- Diantaranya ialah:
  1. Kegagalan membentuk struktur Organisasi yang tepat
  2. Kegagalan ketua kumpulan membuat keputusan serta merta
  3. Kegagalan didalam agihan tugas
  4. Kegagalan menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan
  5. Kegagalan setiusaha menjalankan tugas
  6. Kegagalan untuk menyerap tekanan kerja

Sehingga pada hari ke 5 dan ke 6 , Jurulatih telah memberikan peluang membetulkan kesilapan diatas dengan memberikan kuasa sepenuhnya kepada ketua kumpulan menjalankan tugas.

Hasil nya segala kesilapan yang telah diberikan penekanan telah dapat diatasi dengan kerjasama yang padu daripada semua ahli kumpulan.

Kesimpulan daripada projek komuniti ini, terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjalankan sesuatu program dengan cara sistematik. Pada hari ke 7 , segalanya telah menampakkan hasil yang cukup memuaskan bagi kami dan merupakan satu kejayaan kumpulan yang boleh kami banggakan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home