Projek komuniti
Projek komuniti ialah satu projek yang dijalankan oleh badan-badan NGO. berkumpulan atau perseorangan bagi memberikan sedikit faedah kepada satu golongan atau keseluruhan golongan setempat atau keseluruhannya. Melalui kawalselia Suruhanjaya komunikasi Multimedia Malaysia Projek Kedaikom telah bergerak untuk me implementasikan saranan kerajaan untuk mengurangkan kdar buta IT dikalangan masyarakat kampung atau desa melalui program yang dijalankan oleh kedaikom. Dibawah program ini, kedaikom bertanggung jawab menganjurkan program-program yang disarankan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia melalui Maxis, Warisan Global untuk di war-warkan kepada masyarakat luar bandar.
Pendedahan ICT kepada masyarakat akan memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan dan mengetahui kepentingan teknologi dimasa kini dan masa akan datang. Apakah hanya setakat ini sahaja, jawapannya tidak.Program komunikasi ini akan terus dikembangkan diperingkat sekolah, walaupun pada dasarnya setiap sekolah telah mempunyai segala kemudahan dan guru terlatih didalam bidang ICT, tetapi melalui projek-projek komuniti yang dijalankan akan memberikan lagi beberapa penekanan positif didalam pembelajaran didalam bentuk praktikal bukan sekadar teori semata.
strong>.
Keterangan Projek
.
Kumpulan 3 bulan September telah mengambil inisiatif melalui pembelajaran ini dan ingin mengwujudkan satu projek yang akan memberikan kesan jangka panjang untuk di manfaat kan oleh pihak sekolah dan juga pelajarnya. Projek yang akan dijalankan ini ialah dengan membina semula atau membaikpulih fasarana yang terbiar untuk dijadikan satu taman hijau yang merangkumi pelbagai bentuk tumbuhan didalamnya. Adalah dijangkakan kesan daripada pembinaan struktur ini akan dapat di nikmati oleh setiap pelajar untuk mengenali lebih dekat lagi pelabagi tumbuhan dan kegunaan nya dari segi perubatan atau pun hiasan.
.
Pembinaan semula struktur ini, walaupun memerlukan perbelanjaan yang agak besar, pihak peserta yakin akan dapat mengatasinya dengan pelbagai idea yang di sarankan oleh jurulatih untuk mengatasinya.
.
Adalah diharapkan projek ini kan menjadi contoh kepada pihak akan datang untuk meneruskan kehijauan persekitaran sebagai satu langkah positif didalam pembentukan sikap menyintai alam sekitar dan pembelajaran.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home